SEKOLAH KEBANGSAAN CENDERAWASIH
Lorong Bukit Setongkol 13, Taman Cenderawasih, 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Telefon : 09-5136895 Faks : 09-5133414
Friday, September 30, 2011
Thursday, September 29, 2011
Personel Computer / Komputer Peribadi
RAM
SDRAM dan DDR RAM
Ingatan
Merujuk kepada cip komputer yang menyimpan maklumat yang dapat diakses dengan cepat oleh CPU.
RAM
# Ingatan Capaian Rawak (Random Access Memory - RAM) digunakan untuk menyimpan maklumat dan arahan yang melaksanakan program komputer. Program akan dipindahkan dari storan pada pemacu cakera kepada RAM. RAM adalah tempat storan sementara di mana isi kandungannya akan hilang apabila bekalan kuasa diputuskan.
# Dengan saiz RAM yang lebih besar, pengguna dapat menikmati persembahan yang lebih pantas terutama ketika menggunakan sistem operasi Windows atau perisian-perisian yang canggih. Dengan saiz RAM yang besar juga, operasi multitasking dapat dilaksanakan dengan lebih pantas. (Contoh operasi multitasking adalah apabila kita membuka lebih dari satu perisian serentak - misalnya Word, Excel dan Powerpoint).
# Jumlah ingatan yang boleh dimasukkan dalam sesebuah PC bergantung kepada jumlah bank ingatan pada papan litar utama. (Pastikan anda memeriksa spesifikasi sistem dan konfigurasi susunan pada bank sebelum membeli dan menambah ingatan)
ROM
# Ingatan Baca Sahaja (Read Only Memory - ROM) mengandungi maklumat dan perisian kritikal yang kekal agar komputer dapat beroperasi. ROM adalah ingatan tak meruap kerana cip ingatan tidak akan kehilangan maklumat apabila bekalan kuasa diputuskan.
Subscribe to:
Posts (Atom)