Thursday, September 29, 2011

Personel Computer / Komputer Peribadi



Perkakasan Pada Komputer :

01] Monitor
02] Motherboard
03] CPU
04] RAM
05] Expansion Card
06] Power Supply
07] Optical disk drive
08] Hard disk drive
09] Keyboard
10] Mouse

Touch Screen

SATA Hard Disk

RAM


SDRAM dan DDR RAM

Ingatan
Merujuk kepada cip komputer yang menyimpan maklumat yang dapat diakses dengan cepat oleh CPU.
RAM
# Ingatan Capaian Rawak (Random Access Memory - RAM) digunakan untuk menyimpan maklumat dan arahan yang melaksanakan program komputer. Program akan dipindahkan dari storan pada pemacu cakera kepada RAM. RAM adalah tempat storan sementara di mana isi kandungannya akan hilang apabila bekalan kuasa diputuskan.
# Dengan saiz RAM yang lebih besar, pengguna dapat menikmati persembahan yang lebih pantas terutama ketika menggunakan sistem operasi Windows atau perisian-perisian yang canggih. Dengan saiz RAM yang besar juga, operasi multitasking dapat dilaksanakan dengan lebih pantas. (Contoh operasi multitasking adalah apabila kita membuka lebih dari satu perisian serentak - misalnya Word, Excel dan Powerpoint).
# Jumlah ingatan yang boleh dimasukkan dalam sesebuah PC bergantung kepada jumlah bank ingatan pada papan litar utama. (Pastikan anda memeriksa spesifikasi sistem dan konfigurasi susunan pada bank sebelum membeli dan menambah ingatan)

ROM
# Ingatan Baca Sahaja (Read Only Memory - ROM) mengandungi maklumat dan perisian kritikal yang kekal agar komputer dapat beroperasi. ROM adalah ingatan tak meruap kerana cip ingatan tidak akan kehilangan maklumat apabila bekalan kuasa diputuskan.

Printer

POST

Pemacu CD-ROM

Microphone

Main Board

Laser Pen

Keyboard / Papan Kekunci




Papan Kekunci ( Keyboard )
# Papan kekunci adalah seperti mesin taip yang membenarkan pengguna memasukkan teks dan arahan kepada komputer. Sesetengah papan kekunci mempunyai kekunci khas atau peranti penunjuk, seperti trackball atau "touch-sensitive regions" yang membenarkan pengguna menggunakan pergerakan jari untuk menggerakkan kursor pada skrin.
# Papan kekunci merupakan media yang menjadi sumber memasukkan data ke dalam sesebuah PC samada melalui perisian atau melaksanakan operasi PC. Dalam banyak aspek, kekunci menjadi pembantu kepada tetikus.

Tuesday, September 27, 2011

Mouse / Tetikus




*Tetikus pula adalah alat penunjuk (pointing device) yang direkabentuk untuk
digenggam dengan sebelah tangan.
*Ia mempunyai peranti pengesan (biasanya bebola) di bawahnya yang membolehkan
pengguna mengawal kursor dengan menggerakkannya di atas permukaan rata.
*Tetikus merupakan aksesori yang memudahkan operasi dalam persekitaran GUI (Graphical
User Inrerface) atau Windows.
*Pengguna dengan mudah melakukan pelbagai operasi dengan menggerakkan petunjuk dan
mengklik butang tetikus.